Teks Pidato

1Malaysia

Menyusur detik Malaysia merdeka
Darah dan air mata adalah harga
Mampukah kita mensyukurinya
Atau tergadai oleh rakusnya manusia……?

Bingkisan barakah  buat  Peneraju acara, saf kehakiman intelektual berkarisma, sidang hadirin warga dewan berwibawa.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan salam satu Malaysia.

Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk
“ 1 Malaysia”.

1 Malaysia bermaksud  rakyat Malaysia tidak kira bangsa, warna kulit, rupa paras, tua atau muda, kaya atau miskin  saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa iaitu Bangsa Malaysia

Hadirin sekalian,

Cetusan idea pertama. 1 Malaysia pencetus inspirasi penggerak visi.

Konsep 1Malaysia  adalah satu gagasan yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak  pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini merupakan idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya.

Gagasan 1 Malaysia ini merupakan kesinambungan daripada kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju menuju wawasan 2020. Ia diibaratkan  serampang dua  mata  selain memajukan negara, rakyat Malaysia juga turut cemerlang, gemilang dan terbilang.

Hadirin sekalian,

Cetusan idea kedua. 1 Malaysia wadah kesejahteraan.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Aspirasi konsep Satu Malaysia adalah untuk memperkukuhkan perpaduan kaum sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.


1 Malaysia adalah pemangkin kepada kewujudan negara bangsa. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Justeru, akan mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian di kalangan rakyat pelbagai kaum.


Hadirin sekalian,

Cetusan idea ketiga. 1 Malaysia wahana keterbilangan negara.

Tak tumbuh tak melata, tak sunggh maka tak kata. Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai kejayaan luar biasa dalam pelbagai bidang. Bidang yang dikecapi termasuklah perusahaan automobil, pembinaan bangunan pencakar langit, aeroangkasa, pengangkutan dan perhubungan, serta bidang sukan.
Kejayaan yang dicapai selama ini telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Kejayaan Malaysia dapat  menyuntik semangat anak watan untuk meneroka bidang-bidang yang baru. Secara tidak langsung, Malaysia mampu berusaha untuk mencapai kejayaan mengikut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Namun kejayaan ini tidak bulat datang bergolek dan tidak pipih datang melayang.  Dengan perpaduanlah kita mampu merealisasikan semua impian menjadi kenyataan melalui satu gagasan iaitu 1 Malaysia.
Hadirin sekalian,
Tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh  ‘1 Malaysia’ yang menjadi pemangkin  kepada kejayaan Malaysia  dapat direalisasikan dengan berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’. Satu Malaysia…….oleh kita untuk kita.
Sekian, mohon permisi.



Malaysia Negaraku Tercinta

Bismillah….

Cetusan barakah buat peneraju acara, saf kehakiman intelektual berkarisma, sidang hadirin warga dewan berwibawa…Assalamualaikum…..
Hari ini, saya putera SK Megat Dewa akan menyampaikan sebuat pidato yang bertajuk”Malaysia Negaraku Tercinta”.
Sidang dewan sekalian,
Frasa Malaysia Negaraku Tercinta boleh ditafsirkan sebagai di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Di bumi waqafan ini kita dilahirkan, dibesarkan, bekerja, mati dan dikuburkan. Justeru, tiada sebab mengapa kita tidak cintakan Negara yang banyak berjasa.
Warga dewan yang dirahmati,
Cetusan minda pertama. Negara aman, bebas dan makmur. Dengan nikmat keamanan ini, kita bebas ke sana ke mari dengan selamat. Bebas mencari rezeki dan melaksanakan tugas seharian. Kita tidak perlu khuatir tentang ancaman di jalanan, masjid dan surau yang dikepung dan dibom. Serta ledakan mortar dan senjata api seperti yang berlaku di sesetengah Negara.
Sesungguhnya nikmat keamanan ini tidak bulat datang bergolek dan tidak pipih datang melayang. Apa yang dikecapi hari ini diperoleh dengan harga yang amat mahal. Darah dan air mata menjadi gadaian. Hakikatnya, generasi terdahulu telah mewariskan kepada kita sebuah Negara yang berdaulat dan merdeka.
Konsep 1 Malaysia, yang diilustrasikan oleh Datuk Seri Najib Tun Abd Razak adalah untuk mewujudkan satu bangsa yang merangkumi semua kaum iaitu Bangsa Malaysia.
Sidang Dewan Berkarisma,
Cetusan Minda kedua. Pemimpin Bijaksana Negara Sejahtera. Berdasarkan Laporan Daya Saing Dunia 2006, kedudukan Malaysia telah berubah dari kedudukan ke-28 ke kedudukan ke-23 pada tahun 2007. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengiktiraf Malaysia sudah mencapai kategori tinggi dalam pembangunan insan. Kita mahukan generasi yang diibarat duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak dan bukannya pemimpin yang hanya tahu menakik darah di batu. Malaysia tidak mundur dengan pemimpin yang berkualiti. Malah dalam buku “24 hours in Cyberspace”, Sarjana terkenal Amerika Syarikat, Rick Smolan dan Jennifer Erwitt menganggap mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai pemimpin paling bijasana di bumi ini. Sudah terang lagi bersuluh, Malaysia dikagumi kerana kestabilan politik, dan ekonominya serta perpaduan rakyatnya.
Warga dewan sekalian,
Cetusan Minda ketiga. Malaysia gah di mata dunia. Sebagai rakyat Malaysia kita seringkali menitiskan air mata sebagai tanda bangga dengan kejayaan Malaysia.Pada tahun 1998. Malaysia telah memiliki Stesen Satelit Bumi dan kereta nasional “Proton Saga” mendapat pengiktirafan dunia.
Dipandang dari sudut prasarana, tahun 1994, lebuh raya utara selatan (PLUS) siap dibina. Pada tahun 1996, Menara Berkembar Petronas tegak berdiri . Pada tahun 1997, LRT beroperasi.
Warga dewan,
“Tak tumbuh tak melata, tak sungguh maka tak kata”. Sekarang ini, siapa tak kenal Datuk Lim Chong Wei,  jaguh badminton dunia. Begitu juga, Datuk Nicole David, ratu squash dunia. Sejarah tercatat lagi pada tahun 2009, Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shukor menjadi angkasawan Negara yang pertama. Ah! Bangganya saya menjadi rakyat Malaysia.
Warga dewan yang budiman,
Menyorot pula sector pelancongan. Penganjuran LIMA Langkawi dan Letour De Langkawi mendapat liputan seantero dunia. Ibarat serampang dua mata, hujan pengunjung ke Malaysia turut menyumbang kepada ekonomi Negara. Hotel dan chalet  bertaraf antarabangsa tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Sistem pengangkutan yang serba canggih seperti Air Asia Airline yang dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Tuntasnya, jangan dipandang enteng kepada Malaysia. Gahnya Malaysia hari ini, merupakan hasil perancangan mantap pemimpinnya dan rakyatnya yang menolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstremisme. Hakikatnya, Malaysia negaraku tercinta, ….oleh kita…untuk kita.
Sekian, putera SKMD mohon permisi.
Wabila…….


2 ulasan: